ehhh tolong wei...xde siapa yang sempurna. dan insan yang sempurna hanyalah Rasullulah S.A.W. sesempurna akhlak nya, baginda x pernah pun mencerca orang. Baginda sendiri menyatakan bahawa dia dihantar bukan untuk mengorek isi perut manusia.
maksudnya bukan untuk mengetahui hal2 peribadi dan menghakimi manusia. dah tu siapa kita ni yang sibuk nak memaki hamun keimanan orang len ni??
aku tetibe emo sbb aku pegylah bace blog cik Epal and die punye entri psl Yuna and aku pun pegylah cari blog gosip Malaysia ape yg die ckp (aku mmg x arif bab2 gosip artis Malaysia) dan akhirnya aku jumpa.
tak kisahlah blogger tu nak tegur. bagus Alhamdullilah...tapi yang menyakitkan hati aku adalah komen2 kat bawah tu.
ada ke siap satu komen ni cakap, nilah bakal ahli neraka (gonna be the downfall of Muslimah) wei saudara/saudari buat mengucap. kamu tu siapa yang tau ahli neraka ke tidak? Tuhan? (astaghfirrullah)
time2 nilah semua nak tnjk dah Islam sgt!!!
selain itu aku igt lagi time AirAsia buat promosi dan semua orang excited lah sbb harga murah. lalu postlah kegembiraan itu di FB/Twit/blog dsbgnya. kejap lagi ada hamba Allah komen: kan best kalo ade promosi pegy Mekah.
MOTIF??? x yah lah nak cheap sgt smpikan ko nak pegy Haji pun nak ade promosi. ape slhnye abis riban2 tuk Allah dan bayar mahal2 tuk tiket kapal terbang. kata buat ibadah, kan manis kalo dpt benda yang ssh dapat.
lagipun kalo sibuk nak tunggu promosi, x yah pegy jln lgsg...ni aku tgk FB update bukan men lg jln2 lah gmbr sane sini dah tu ckp pasal bestnye kalo ade promosi pegy Mekah. sorilah wei aku nak muntah darah baca!!!
dari kau jalan2 tu lebih baik kumpul duit pegy Haji so x yah ko nak tggu promosi ke ape ke. pastu yang komen2 pasal isu agama segala yang ini Islam kata wajib apa bla bla bla. jap lagi gmbr kau semua kat FB x pakai tudung duk tayang rambut n siap berpeluk sakan ngan BF.
cari benda2 kecik pasal isu halal/haram...yang besar x nampak ke?? pakai tudung? pergaulan bebas ngan lelaki bukan muhrim tu apa? jadi dari sibuk nak betulkan Islam/iman orang lain silalah cari kesilapan kita sendiri.
lakukan yang asas dulu bila dah sempurna barulah kita pergi ke stage yang baru. moga kita semua dirahmati Allah s.w.t.
manusia mmg dilahirkan tidak sempurna...ini kerana yang sempurna hanyalah Allah. janganglah kerana kita sibuk nak menjaga cara hidup orang lain kita lupa kehidupan kita.
selagi kita x mampu berakhlak sesempurna Rasullulah, selagi itu kita tiada hak mengutuk atau menghina orang lain.



0 responses:
Post a Comment